Saturday 2 April 2016

AMANAH DAN UJIAN

hari- hari yang aku lalui sebagai seorang pekajar yang sibuk di alam universiti .
silih berganti dengan segala onak duri. hmm. kicauan burung di kanvas langit di pagi hari mencari rezeki di buki tuhan yang luas ini.

aku duduk di bawah pokok yang berdaun hijau itu ,  dengan sinaran mentari yang menembusi di antara dedaun hijau yang sentiasa mengalami proses phothosynthesis itu.

" mengapa aku bernafas lagi?" sebuah soalan yang sering kali  menerjah fikiran ku setiap kali aku berada tidak bermakna. aku mula menundukkan wajahku. rasanya tidak sanggup lagi untuk aku memalingkan wajaha ini. dan, tanpa kusedari titisan air membasahi telapak tanganku ,

argh .. mengapa perlu begini .. mengapa aku rasa terseksa.tiada kata mampu menjelaskan perassan ini. dan , soalan ini sentiasa mengasak minda aku..

sungguh , ia soalan yang mudah tapi memeritkan.

kerna aku jua tidak sanggup untuk tidak bernafas kerna aku tahu terlampau banyak dosa aku ..

dan .. waktu pun berlalu ..

aku cuba menyibukkan diri aku dengan persatuan dan majlis ilmu.. tapi aku masih merasakan kekosongan.. rasa seperti terdpat sebuah lubnag di dasar hati aku.. rasa berat.. tapi aku gagahi juga..  dan tanpa aku sedari aku diuji. diuji dengan segala- gala cubaan ..

kadangkala aku jua tewas denagan keindahan dunia dan keistimewaan ciptaan ilahi ini.. dan aku sering jatuh .. jatuh .. dan luka.. dan aku cuba bertahan

meski aku cuba berlagak kuat.. tapi hakikatnya aku tetap seorang manusia yang punya hati.. dan aku tetap teruskan pencarianku..

dan DIalah sebaik-baik perancang..

suatu hari ditakdirkan aku mendengar  dalam majlis ilmu yang aku hadiri ini..

" ketahuilah seseungguhnya Dia MAha Berkuasa, boleh jadi sahaja dia mematikan kamu sewaktu kamu masih kecil , dan boleh jadi sahaja Dia menjadikan kamu cacat.. tapi yaqinlah nafas yang kamu hela ini adalah Amanah dan Ujian untuk kamu.. "

dan aku diasak lagi dengan kata-kata dari pensyarah aku ,
" gunakanlah setiap detik dalam hidup kamu untuk memberi manfaat kepada yang lain"

dan .. aku seolah- olah dipanah .. seolah -olah segala bait kata itu adalah teguran dari ilahi..
inilah kisah aku,

dan , untuk kau..
ya , kepada kau..
andai kau jumpa insan- insan yang lemah seperti aku..
nasihatkan lah aku..
sunnguh , mungkin kata-kata darimu adalah teguran ilahi untukku..

<maulanaashwaq>

No comments:

Post a Comment